بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Hampir setahun tak usik diary Naf ni ha maklumlah dah jejak dunia ipt busy sikit.
Lagipun dah jarang sentuh laptop melainkan untuk buat assignment ha kite dah besar tau tehee ~
Okay,first of all sekarang dah masuk 2016 and semua orang masih dengan azam yang sama iaitu azam baru. Heih entah azam lama udah dilunaskan ke belum tak tahu. Same goes to me. Azam setiap tahun sama takda apa yg berubah iaitu "Azam nak berubah ke arah yg lebih baik" Allahu...
Azam tu cukup bagus dah didengar nak berubah ke arah yg lebih baik tapi,banyak sangat dugaan...
Kadang,bila muhasabah diri balik bukan takat malu dengan ibu ayah...malah Allah yang utama tu yang Maha melihat tu lagi lah malu. Sesungguhnya kita memang seorang pendosa tanpa noktah. Apa apa pun sentiasa ingat yang Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sebesar mana pun dosa kita pada Dia,ingatlah hidup tak lama. Taubat selagi ada masa,inshaAllah.....

 

Azam tu kenalah pegang dengan erat. Jangan tinggal sebagai azam kut mulut je hm tahun ni dah masuk 19 tahun dah. Kenalah malu bila buat dosa tu. Sementara masih ada ibu ayah ni lah kena buat mereka gembira dengan sikap kita kejayaan kita. Dia bukan minta dekan setiap sem pun, cukuplah anak anak dia jadi insan soleh solehah pun dah boleh buat ibu ayah gembira. Allah..... selamani aku sendiri belum berjaya menjadi anak solehah utk mereka. Doakan moga kita sama sama dapat jadi anak yang solehah kpd kedua ibu bapa kita,inshaAllah. Indahnya bila suatu hari nanti kita yang tarik ibu bapa kita ke syurga.....ameen ya Rabb moga doa doa sentiasa dimakbulkan dan azam ditunaikan. Kejarlah ukhrawi sayang,demi kebahagiaanmu kelak,inshaAllah.